Ada kaum wanita berkata susah
menjadi wanita ISLAM. Lihat saja
perbandingan dibawah ini :
1-Wanita auratnya lebih susah
dijaga dibanding lelaki.
2-Wanita perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah
tetapi tidak sebaliknya.
3-Wanita menerima pusaka atau
warisan kurang dari lelaki.
4-Wanita harus menghadapi
kesusahan mengandung dan
melahirkan anak.
5-Wanita wajib taat kepada
suaminya tetapi suami tak perlu taat
pada isterinya.
6-Talak ada di tangan suami dan
bukan isteri.
7-Wanita kurang beribadah kerana
masalah haid dan nifas yang tidak
dialami lelaki.
PERNAHKAH KITA BERFIKIR
SEBALIKNYA…?
Aurat serta perhiasan wanita adalah
suatu yang sangat mahal dan
berharga…maknanya..Benda yang
mahal harganya akan dijaga dan
dibelai serta disimpan di tempat yang
selamat dan terbaik. Sudah pasti
intan permata tidak akan dibiarkan
berselerak, bukan? Itulah
bandingannya antara seorang
muslimah dengan perrmpuan jalanan.
Satu: Wanita perlu taat kepada
suami, tetapi lelaki pun wajib taat
kepada ibunya 3 kali lebih utama dari
bapanya. Bukankah ibu adalah
seorang wanita?
Dua: Wanita menerima pusaka atau
warisan kurang dari lelaki tetapi
harta itu menjadi milik peribadinya
dan tidak perlu diserahkan kepada
suaminya.Manakala lelaki menerima
pusaka atau warisan, ia akan
menggunakan hartanya untuk isteri
dan anak-anaknya.
Tiga: Wanita perlu bersusah payah
mengandung dan melahirkan anak,
tetapi setiap saat dia didoakan oleh
segala makhluk, malaikat, dan seluruh
makhluk Allah di muka bumi ini, dan
matinya jika saat melahirkan adalah
syahid.
Empat: Di akhirat kelak, seorang
lelaki akan mempertanggungjawabkan
4 wanita ini:Isterinya, ibunya, anak
perempuannya, dan saudara
perempuannya.
Lima: Seorang wanita pula, tanggung
jawab terhadapnya ditanggung oleh
4 orang lelaki ini:Suaminya, ayahnya,
anak lelakinya dan saudara,
lelakinya.
Enam: Seorang wanita boleh
memasuki pintu syurga melalui pintu
mana pun yang disukainya cukup
dengan 4 syarat saja :Solat 5 waktu,
puasa di bulan Ramadhan, taat pada
suaminya dan menjaga
kehormatannya.
Tujuh: Seorang lelaki perlu berjihad
fisabilillah tetapi wanita jika taat
pada suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia
akan turut menerima pahala seperti
pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat
senjata.
MasyaAllah…demikian sayangnya
Allah pada wanita, kan?
Lalu bagaimana menurut anda?... Masih merasa tidak
adil? masih tak mau mejaga aurat??
Sadarilah insan istimewa yang
bernama wanita, bahwa kelembutan
bukan kelemahan, bukan juga
penghinaan dari Allah, bahkan
sebagai hiasan kecantikan, Allah
Maha Adil....
Satu klik saja disini ya, Wahai para wanita sholiha, terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Jangan hanya blogwalking saja ya akhy dan ukhty, tapi tnggalkanlah jejak dengan berkomentar, agar saya bisa berkunjung balik